Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)

Pewujudan Pembangunan Profesional Berterusan/Continuing Professional Development (CPD) merupakan usaha bersepadu bagi memastikan profesion kesihatan melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta amalan profesional berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya. Pendekatan ini amat penting kerana bidang perubatan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesion kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik kepada masyarakat.

 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan