Panduan Pemindahan Preseptor Ke Premis Yang Belum Diakreditasi Sebagai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Ahli Farmasi Provisional (PRP)

  1. Sekiranya seseorang ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP) telah pun diiktiraf sebagai preseptor (telah pun memiliki sijil bengkel TOP) ingin berpindah ke satu premis yang belum disenaraikan dalam Senarai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Bagi Ahli Farmasi Provisional (PRP) tetapi masih berminat untuk melatih PRP di premis baru tersebut perlu mengemukakan Borang Permohonan Akreditasi Premis Sebagai Fasiliti Latihan Liberalisasi PRP bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat seperti di bawah agar premis baru tersebut disenaraikan di bawah Senarai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Bagi Ahli Farmasi Provisional (PRP)

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 PETALING JAYA

  1. Borang –borang yang diterima oleh LFM akan diproses dan permohonan yang LENGKAP serta memenuhi sahaja akan disenaraikan dalam Senarai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Bagi Ahli Farmasi Provisional (PRP).
  2. Preseptor dibenarkan untuk mula melatih PRP bermula dari tarikh nama premis disiarkan dalam Senarai Fasiliti Latihan Liberalisasi (FLL) Bagi Ahli Farmasi Provisional (PRP).
Kategori dokumen: 
Garis Panduan