Panduan Untuk Mendaftarkan Sesebuah Premis Sebagai Fasiliti Latihan Liberalisasi Provisionally Registered Pharmacist (PRP)

1.    Hanya premis-premis yang telah disenaraikan dalam Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) dan yang telah disiarkan dalam laman web www.pharmacy.gov.my sahaja layak untuk bertindak sebagai Fasiliti Latihan PRP.

2.     Untuk menyenaraikan mana-mana premis sebagai premis latihan PRP dalam senarai tersebut, premis tersebut perlu ada sekurang-kurangnyasatu Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (Fully Registered Pharmacist (FRP)) dengan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan beliau perlu mengemukakan Borang Akreditasi Tempat Latihan dan Preseptor kepada:

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 PETALING JAYA

3.  Sila rujuk panduan yang disertakan.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan