Panduan Liberalisasi Latihan PRP di Sektor Swasta Kepada Graduan Program Ijazah Farmasi

  1. Panduan liberalisasi ini adalah sebagai rujukan kepada graduan program ijazah farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang berminat untuk memohon menjalani latihan sebagai Ahli Farmasi Berpendaftaran Provisional (PRP) selama satu (1) tahun di sektor swasta yang diiktiraf oleh LFM diikuti dengan perkhidmatan sebagai Ahli Farmasi Berpendaftaran Penuh (FRP) mengikut tempoh yang dinyatakan dalam kontrak / perjanjian kedua-dua pihak.

 

  1. Ia menerangkan proses yang perlu dilakukan oleh PRP bermula dari proses pendaftaran sebagai PRP, permohonan menjalani latihan di premis swasta yang diiktiraf oleh LFM seterusnya menjalani latihan PRP selama satu (1) tahun. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi yang dianjurkan oleh LFM sebelum layak mendaftar sebagai PRP.

 

Sebarang persoalan berhubung dengan Liberalisasi Latihan PRP di Sektor Swasta, sila hubungi:

Puan Fuziah binti Abdul Rashid
Timbalan Pengarah
Lembaga Farmasi Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7841 3288

Emel: fuziah_arashid@moh.gov.my          

ATAU

Puan Datcayani a/p Ramadoo @ Devudu
Ketua Penolong Pengarah
Lembaga Farmasi Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor            
Tel: 03-7841 3276
Emel: datcayani@moh.gov.my
Kategori dokumen: 
Garis Panduan