TAWARAN IKLAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (CBBP/CBTG)

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 30 March 2017

Untuk makluman, Program Farmasi telah menetapkan SYARAT & POLISI TAMBAHAN  bagi permohonan cuti belajar dan permohonan kursus perlu mengikut SENARAI KURSUS yang diunjurkan oleh program bersesuaian dengan hala tuju Farmasi.

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM akan menawarkan permohonan cuti belajar secara tawaran IKLAN dalam tempoh selama 1 bulan yang dijangkakan pada bulan April 2017.

Sehubungan itu, semua permohonan Pegawai Farmasi KKM untuk mengikuti cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2018 perlu dipohon dalam tempoh yang ditawarkan menerusi iklan tersebut.

Bagi Pegawai Farmasi yang telah mendapat tawaran tajaan/biasiswa luar (selain HLP), permohonan pegawai boleh dihantar sepanjang tahun dengan syarat perlu mengemukakan salinan tawaran universiti dan tawaran tajaan/biasiswa tersebut.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran ini boleh diperoleh melalui Portal Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM atau Portal KKM. [Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengah hari)]

  1. Calon yang memohon hendaklah menepati syarat-syarat tawaran DAN syarat tambahan Program Farmasi seperti yang telah ditetapkan:

Syarat-syarat Tambahan Cuti Belajar Program Farmasi bagi CBBP Tanpa HLP/ Cuti  Belajar Tanpa Gaji (CBTG):

  • Tempoh perkhidmatan GENAP 5 tahun dari tarikh lantikan sehingga tarikh tutup permohonan
  • Pegawai yang sedang dalam pengajian CBBP tanpa HLP TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk tawaran HLP
  • Hanya kursus yang tersenarai yang telah ditetapkan oleh Program Farmasi sahaja layak dipertimbangkan. Kursus yang tiada dalam senarai boleh dipertimbangkan sekiranya boleh memberi faedah selaras dengan halatuju Institusi berkaitan atau Program Farmasi.
  • Tempat pengajian :
    • IPTA/ IPTS (dalam negara) dan IPT (luar negara)
    • Bagi kursus berkaitan dengan Farmasi Klinikal hanya IPT yang menawarkan Ijazah Pertama dalam Farmasi layak dipertimbangkan.
  • Permohonan mengikuti pengajian di peringkat PhD hanya akan dipertimbangkan bagi pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh 8 tahun.
  • Tempoh Pelanjutan Cuti Belajar :
    • PhD: Maksimum 6 bulan
    • Sarjana: Maksimum 3 bulan  
  1. Pastikan borang permohonan lengkap sebelum dihantar secara HARDCOPY kepada pihak BPL (Rujuk borang permohonan).

Dokumen tambahan yang WAJIB dilampirkan ialah:

  • Pelan Tindakan Selepas Tamat Pengajian (PTSTP)
  • Surat Aku Janji Cuti Belajar Program Farmasi yang telah ditandatangani
  • Bagi kursus dengan mod kerja kursus (coursework):
    • Rangka kursus (mod coursework)
  • Bagi kursus dengan mod penyelidikan:
    • Surat persetujuan daripada penyelia IPT bagi cadangan topik penyelidikan
    • Cadangan Kajian penyelidikan
  • Syarat kemasukan ke universiti yang dipohon
  • Salinan transkrip ijazah sarjana muda/sarjana atau surat tawaran universiti

Sebarang pertanyaan atau masalah, mohon hubungi pihak urus setia:

Seksyen Pembangunan Profesion Berterusan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi:

Cik Masliana bt Awang (03-78413325/maslianaa@moh.gov.my)

Cik Noor Azmina binti Mat Daud (03-78413371/n.azmina@moh.gov.my)