Syarat Memohon Pendaftaran Sebagai Ahli Farmasi Provisional

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 15 November 2016

Bermula pada November 2016, semua calon yang ingin mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP) perlu lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (susulan keputusan mesyuarat Lemabaga Farmasi Malaysia bil ke-103):

 

  1. Peperiksaan ini boleh diduduki oleh pelajar tahun tiga dan empat di universiti tempatan masing-masing.
  2. Bagi pelajar luar negara, mereka boleh memohon menduduki peperiksaan ini sebagai calon persendirian dan perlu lulus sebelum memohon pendaftaran sebagai PRP.

 

Bagi PRP yang masih menjalani latihan dan belum lulus peperiksaan ini, boleh memohon untuk menduduki peperiksaan ini di negeri masing-masing. Pelaksanaan syarat baru ini akan melibatkan kesemua calon peperiksaan termasuk pelajar farmasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan/luar negara.