Seranta Awam Atas Talian Mengenai Cadangan Pindaan Berkaitan Fi Permohonan Kelulusan Iklan Di Bawah Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

BAHAGIAN A: SERANTA AWAM ATAS TALIAN

Pengenalan

Seranta awam atas talian ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan mendukung prinsip ketelusan dan kesaksamaan bagi pelaksanaan sesuatu undang-undang.

Oleh yang demikian, halaman ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan dan lain-lain).

Bahagian ini sedang mengkaji cadangan pindaan terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan fi bagi kelulusan iklan seperti berikut:

Peraturan

Fi  

i. Per 8 , Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

Fi Permohonan Kelulusan Iklan  

 

Tempoh

Draf tersebut akan dipaparkan pada halaman ini dalam tempoh 15 hari mulai 7 Ogos 2017  sehingga 21 Ogos 2017

Kumpulan Sasaran

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan maklum balas, pendapat dan cadangan mengenai draf cadangan tentang perkara ini daripada semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) berikut:

  1. Pengilang / Pemegang Pendaftaran /Pengedar Produk Ubat Yang Ingin Mengiklankan Ubat-ubatan     
  2. Hospital Swasta / Klinik Swasta / Klinik Radiologi Swasta /  Makmal Perubatan Swasta Yang Ingin Mengiklankan Perkhidmatan Kesihatan 
  3. Pihak-pihak lain yang berkepentingan

 

BAHAGIAN B: DOKUMEN UNTUK MUAT TURUN

No Dokumen Tempoh Dibuka  Status  Download
1

Draf Cadangan Pindaan Terhadap Peraturan Yang Berkaitan Fi Permohonan Kelulusan Iklan di bawah Peraturan –Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

Sehingga 21 Ogos 2017 TUTUP Muat Turun