TOP
top_banner.jpg (28984 bytes)     
Patient Educations


Pendidikan Pesakit

Komplian
Kulit
Batuk And Selsema
Ubat-Ubatan & Keupayaan Memandu
Terapi Inhalasi
Ubat Titis Hidung/Telinga/Mata
Supositori Rektal & Pesari
Penggunaan Ubat-Ubatan Semasa Penyusuan Bayi & Semasa Hamil
Enema & Injeksi
Puasa & Ubat
Ketahui Ubat Anda
Tablet, Kapsul dan Sedian bentuk Sublingual
Pamplet
gab.gif (61 bytes)
Disclaimer
Acknowledgement
Feedback
gab.gif (61 bytes)
English Version
HOME

 

 

 

 

 

[ English Version ]

TERAPI INHALASI

Terapi inhalasi merupakan satu teknik rawatan penting dalam proses perawatan penyakit respiratori (saluran pernafasan) akut dan kronik. Pengumpulan mukus di dalam saluran respiratori, peradangan dan pengecutan membran mukus ketika serangan asma dapat dikurangkan dengan ubat dan teknik penggunaan inhaler yang sesuai.

Setelah sekian lama, terapi inhalasi memainkan peranan penting di dalam merawat penyakit asma. Ubat yang diberikan dengan kaedah ini akan sampai terus ke tempat tindakan tanpa melalui saluran penghadaman. Tidak seperti penggunaan ubatan secara oral (tablet dan sirap) yang terpaksa melalui sistem penghadaman dan pelbagai sistem tubuh yang lain, terapi inhalasi dapat menghantar ubat terus ke paru-paru untuk bertindak. Dengan ini, kesan sampingan dapat dikurangkan dan jumlah ubat yang perlu dibekalkan adalah kurang berbanding rawatan lain.

Beberapa faktor yang dikenalpasti boleh mempengaruhi bioavailabiliti (keberkesanan) sesuatu ubat yang diambil secara inhalasi, iaitu:

  • Tahap inflamasi salur pernafasan

  • Tahap metabolisme peparu

  • Jumlah ubat yang ditelan dan dimetabolismekan oleh salur pencernaan

  • Keupayaan pesakit untuk mengkoordinasikan pernafasan dan pembebasan ubat dari inhaler

  • Jenis ubat yang digunakan

  • Sistem pengangkutan yang digunakan (contohnya, penggunaan ‘spacer’ boleh meningkatkan jumlah ubat yang sampai ke peparu)

Terdapat tiga jenis inhaler yang boleh di dapati di Malaysia iaitu:

  • Inhaler aerosol bertekanan (Metered-dose inhaler)

  • Inhaler serbuk kering

  • Larutan pernafasan (Jet Nebulizers)


METERED-DOSE INHALER (MDI)

Terapi inhalasi yang paling biasa digunakan ialah metered-dose inhaler (MDI). Ia menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pesakit asma kerana mudah dibawa dan boleh memberikan kelegaan cepat. Ia terdiri daripada bekas termampat beserta injap bermeter yang mengandungi bahan aktif (ubat), propellan CFC bertekanan rendah, pelarut dan/atau surfaktan. Ubat di dalam inhaler jenis ini mungkin wujud dalam bentuk larutan atau serbuk halus terampai di dalam satu bekas kecil. Bekas tersebut dimasukkan ke dalam alat plastik yang dikenali sebagai corong bibir (mouth-piece) yang akan membebaskan sejumlah dos apabila ditekan.

MDI dengan ‘Spacer’ atau ‘Holding Chamber’

MDI biasanya digunakan bersama ‘spacer’ atau ‘holding chamber’ untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi pesakit dengan koordinasi tangan-peparu yang rendah seperti golongan tua dan kanak-kanak. Penggunaan ‘spacer’ membolehkan peruapan propellant sebelum ubat disedut. Kelebihan menggunakan MDI dengan ‘spacer’ adalah ia boleh mengurangkan pemendapan di bahagian orofarinks dan meningkatkan penghantaran ubat ke paru-paru. Ini kerana kebanyakan partikel besar yang biasanya termendap pada orofarinks akan terperangkap dalam spacer. Ini merupakan faktor penting dalam mengurangkan kesan samping setempat seperti suara garau atau kehadiran tompok-tompok putih dalam mulut.


INHALER SERBUK KERING HALUS

Inhaler jenis ini menggunakan ubat dalam bentuk serbuk halus yang disedut secara terus ke dalam paru-paru. Antara alat-alat yang digunakan untuk inhalasi jenis ini ialah RotahalerÒ , TurbohalerÒ dan DiskhalerÒ . RotahalerÒ menggunakan ubat dalam bentuk kapsul (Rotacap) yang dimasukkan ke dalam alat tersebut. Ia seterusnya perlu diputar untuk dipecahkan dan serbuk halus yang terbebas akan disedut seperti biasa oleh pesakit. Manakala TurbohalerÒ dan DiskhalerÒ pula merupakan alat multidos yang menggunakan ubat-ubat yang dipek di dalam blister. Setiap blister mengandungi sejumlah dos yang ditetapkan dan ia juga perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum disedut.


Diskaler

    Diskaler


Rotahaler


Turbohaler

 Gambarajah 1 : Jenis-jenis inhaler serbuk kering halus

LARUTAN PERNAFASAN (JET NEBULIZER)

Larutan pernafasan ini biasanya diberi melalui alat yang dikenali sebagai jet nebulizer dan kerap digunakan di hospital dan di klinik-klinik. Jet nebulizer digunakan terutamanya untuk membekalkan ubat dalam bentuk aerosol kepada pesakit di hospital atau pesakit yang datang ke bahagian kecemasan akibat serangan asma akut. Inhaler jenis ini menghasilkan ubat dalam bentuk aerosol daripada larutan yang diletakkan di dalam bekas. Kelebihan inhaler jenis ini adalah ia tidak memerlukan koordinasi khas dari pesakit. Pesakit hanya perlu bernafas secara biasa untuk menyedut ubat dari inhaler ke dalam paru-paru.

Dos yang diberi secara nebulizer selalunya lebih tinggi berbanding dos secara MDI. Oleh itu, adalah sangat penting untuk tidak melebihi dos yang ditetapkan dan jika dos yang biasa diberi tidak berkesan kepada pesakit tersebut, mereka sepatutnya pergi mendapatkan bantuan doktor atau ahli farmasi dengan segera.


PENGGUNAAN INHALER

Penggunaan inhaler dengan cara yang betul memerlukan latihan tertentu. Ini bagi memastikan pesakit akan menerima dos ubat yang tepat dan efektif. Jika tidak, pesakit tidak akan dapat menerima dos yang tepat dan keberkesanan ubat susah untuk ditentukan.

Cara Penggunaan Inhaler (MDI)

Langkah di bawah ini memberikan cara penggunaan inhaler yang betul:

  1. Buka penutup dan goncang inhaler beberapa kali. Ini bertujuan untuk melarutkan kesemua ubat yang terdapat di dalamnya.

  2. Terdapat tiga kaedah penggunaan MDI. Doktor atau ahli farmasi akan menentukan kaedah terbaik untuk anda.

  • Kaedah I : Pegang inhaler dalam jarak 1 hingga 2 inci dari mulut.
  • Kaedah 2 : Dengan menggunakan alat spacer/holding chamber. Letakkan alat tersebut pada mulut anda. Tutup mulut dan jangan sekali-kali menghalang hujung terbuka ‘spacer/holding chamber’ dengan gigi atau lidah anda.
  • Kaedah 3 : Letak corong bibir ke mulut anda.
  1. Hembuskan nafas keluar perlahan-lahan.

  2. Tarik nafas perlahan-lahan sambil menekan inhaler satu kali ke bawah. Tarik nafas sepenuhnya. Ini akan memberikan anda dos pertama. Jika anda menggunakan alat ‘spacer/holding chamber’, tekan inhaler ke bawah. Selepas lima saat, barulah tarik nafas secara perlahan-lahan.

  3. Keluarkan inhaler. Tutup mulut dan tahan nafas sekurang-kurangnya 10 saat. Ini membolehkan ubat menyerap masuk ke dalam paru-paru anda.

  4. Hembus nafas keluar perlahan-lahan. Jangan sekali-kali bernafas keluar melalui inhaler.

  5. Ikut arahan doktor atau ahli farmasi untuk jumlah dos yang perlu. Sekiranya perlu menyedut untuk kali kedua, tunggu dahulu selama 1 minit sebelum mengulangi langkah 3, 4, 5 dan 6.


Method 1


Method 2


Method 2

 Gambarajah 2: Kaedah menggunakan inhaler


Selepas penggunaan inhaler

Basuh dan berkumur dengan menggunakan air. Ini bagi mengurangkan jumlah ubat yang tertinggal di dalam mulut dan tekak. Ia juga akan mengurangkan serangan batuk dan menghindari dari jangkitan mulut.


Cara mencuci

Kegagalan mencuci inhaler dengan cara yang betul akan menyebabkan belakunya sumbatan dan seterusnya mengurangkan jumlah dos yang diterima. Cuci sebarang serbuk yang terlekat di corong inhaler dan di sekelilingnya. Keluarkan bekas ubat dan basuh inhaler dengan air suam dan sedikit sabun. Keringkan dan masukkan kembali bekas ubat ke tempat asalnya.


Bagaimana cara untuk mengetahui inhaler anda sudah kosong

Setiap inhaler telah dilabelkan dengan jumlah dos yang ada. Contoh di bawah akan menerangkan bagaimana untuk menentukan kandungan ubat di dalam inhaler. Jika botol ubat anda mengandungi 200 sedutan dan anda harus mengambil 8 sedutan sehari, bahagi 200 sedutan dengan 8. Jawapannya adalah 25 hari. Jika anda mula menggunakan inhaler pada 1 Mei, gantikan inhaler anda dengan yang baru pada/atau sebelum 25 Mei. Tulis tarikh mula anda menggunakan inhaler pada botol ubat untuk mengelakkan kekeliruan.

Kandungan inhaler juga boleh dikesan dengan cara memasukkan bekas ubat ke dalam air. Kedudukan bekas di dalam air menggambarkan kandungan ubat dalam inhaler (Rujuk gambarajah 4 )

 
Gambarajah 4 : Jumlah dos yang tinggal dalam inhaler



KESIMPULAN

Keberkesanan inhaler boleh dioptimumkan dengan cara penggunaan yang betul. Oleh itu, adalah penting untuk mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi anda sekiranya mempunyai sebarang keraguan tentang penggunaan dan keberkesanan inhaler yang diberikan.