|
UBAT TITIS MATA
Pendahuluan
Mata ialah salah satu organ manusia yang penting dan terdedah kepada persekitaran. Ini
menyebabkan ia mudah terkena bahaya seperti jangkitan kuman, kemalangan dan sebagainya.
Oleh itu, apabila jangkitan atau komplikasi penyakit tertentu menyerang mata, adalah
penting bagi pesakit untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan
penglihatannya. Biasanya, pesakit akan dipreskripsikan dengan ubat titis mata yang
berkaitan. Setiap langkah dan turutan dalam menggunakan ubat titis mata mempunyai
rasionalnya yang tersendiri. Oleh itu, berikut adalah langkah-langkah tersebut dan
rasionalnya.
Langkah-langkah penggunaan dan rasionalnya;
Pastikan arahan pada label dibaca dan
difahami dengan betul Ini adalah untuk memastikan bahawa ubat digunakan dengan
betul.
Basuh tangan dengan sabun dan air
sebelum dan selepas mengunakan ubat titis Membasuh tangan dapat mengurangkan
penyebaran kuman ke mata.
Pastikan tiada tahi mata atau bendalir
kotor di kelompak mata. Jika ada, bersihkan dengan menggunakan kapas dan air suam dan sapu
dengan perlahan-lahan kelopak dari sudut dalam dengan mengerakkan ke arah keluar dengan
mata tertutup Tahi mata atau bendalir kotor boleh membiakkan kuman. Pembersihan
dari arah dalam keluar dapat menghalang kemasukkan kuman ke dalam mata.
Goncang botol tersebut jika ditulis
pada label botol atau apabila diarah oleh ahli farmasi atau doktor.
Buka botol dengan berhati-hati supaya
hujung ubat titis mata tidak menyentuh apa apa seperti jari atau mata.
Dongakkan kepala ke belakang sedikit
dan tarik kelopak mata bahagian bawah dengan menggunakan hujung jari untuk membentuk poket
dan lihat ke atas Pendongakkan kepala dapat memudahkan proses memasukkan ubat mata
dan mengurangkan ubat mata keluar dari duktus air mata. Manakala melihat keatas
menyebabkan reaksi kornea yang sensitif menjauhi sak konjuktival dan ini mengurangkan
stimulasi refleks mengelipkan mata.
Pegang penitis sekurang-kurangnya 1
2 cm di atas mata dengan menggunakan tangan sebelah lagi dan picit bilangan titisan
yang dikehendaki ke dalam poket antara kelopak bawah dan biji mata tanpa menyentuh kelopak
dengan hujung botol tersebut Ini dapat mengelakkan penyentuhan penitis dengan
struktur mata dan mengurangkan risiko kecederaan mata dan juga pemindahan jangkitan kepada
penitis.
Gunakan ubat ini kepada kedua-dua mata
jika doktor mengarahkan sedemikian.
Tutupkan mata dan tekan perlahan-lahan
sudut dalam setiap mata dan tutup mata selama 1 minit untuk membolehkan ubat itu menyerap
Menutup mata dengan perlahan-lahan akan membantu menyebarkan ubat manakala
mengenyit pula akan menyebabkan ubat terkeluar dari sak konjunktiva.
Sedikit rasa tidak selesa mungkin akan
dirasai Ini ialah kerana kornea mempunyai gentian sakit yang sangat sensitif
apabila sesuatu disapukan keatasnya.
Selepas menggunakan lebih dari satu
jenis ubat titis mata, tunggu untuk beberapa minit sebelum menggunakan ubatan kedua
Ini untuk memberi masa ubat yang terdahulu diserap dengan baik.
Jika perlu menggunakan lebih dari satu
jenis ubat titis mata, tunggu untuk beberapa minit sebelum menggunakan ubatan kedua
Ini untuk memberi masa ubat yang terdahulu diserap dengan baik.
Jika ubat ini diberi bersama salap
mata, pastikan penggunaan ubat titis mata dahulu dan tunggulah beberapa minit kemudian
sebelum salap digunakan Pemberian ubat titis mata sebelum salap mata akan membantu
ubat titis mata menyerap masuk tanpa halangan dari lapisan tebal salap mata.
Penyimpanan:
Periksa label pada botol untuk
memastikan samada ubat perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk atau tidak
Simpan jauh daripada haba dan cahaya
dan jangan simpan dalam tempat sejuk beku peti sejuk.
Buangkan ubat titis mata 4 minggu
daripada tarikh botol dibuka
Kalau anda terlupa mengambil
ubat:
Ambil secepat mungkin apabila teringat.
Kalau sudah dekat dengan dos
seterusnya, abaikan dos tertinggal dan kembali kepada dos biasa
Jangan menggandakan dos pada masa yang
sama
Langkah berjaga-jaga:
Sila berjumpa dengan doktor sebelum
mengambil sebarang ubat sekiranya anda mengandung ataupun menyusukan anak
Pastikan doktor tahu tentang penyakit
anda, contohnya penyakit kencing manis, darah tinggi dll.
Jangan gunakan kanta sentuh semasa
menggunakan ubat ini
Elakkan menyentuh kelopak mata ataupun
bahagian mata dengan penitis untuk mengelakkan jangkitan tidak merebak ke satu mata lagi
yang sihat
Gunakan ubat titis mata untuk mata yang
dijangkiti sahaja
Jangan benarkan orang lain menggunakan
ubat titis mata anda.
Kesan sampingan
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami kesan sampingan berikut;
Kesakitan mata ataupun perubahan dalam
penglihatan
Kemerahan dan kegatalan yang berterusan
ataupun anak mata membesar
Lemah ataupun pening kepala
Hasil daripada terapi yang berjaya ialah
pengekalan penglihatan. Oleh itu, ubat yang dipreskripsikan oleh doktor memerlukan pesakit
mengikut arahan penggunaan dan pemantauan kesan sampingan.
UBAT TITIS HIDUNG
Pendahuluan
Hidung merupakan organ deria bau yang pertama dalam sistem pernafasan. Udara yang
disedut masuk melalui hidung akan dipanaskan, ditapis dan dilembapkan sebelum memasuki
laluan bawah sistem pernafasan dan juga paru-paru. Sekiranya hidung tidak berada dalam
keadaan yang baik, deria untuk bau dan rasa akan turut terjejas dan akan mengganggu sistem
pernafasan kita. Sesetengah penyakit yang melibatkan hidung akan memerlukan ubat titis
hidung. Ubat ini merupakan salah satu jenis ubatan yang memerlukan pesakit dibimbing dari
segi penggunaannya. Perkara ini penting kerana pesakit akan menggunakan ubat itu sendiri
di rumah. Penggunaan ubat yang betul akan memastikan keberkesanan maksima ubat kepada
pesakit.
Langkah-langkah perlu dan rasionalnya;
Baca arahan pada label - Ini untuk memastikan ubat akan digunakan dengan cara yang betul
Basuh tangan dengan air dan sabun
sebelum dan selepas menggunakan ubat ini - Ini adalah untuk mengelakkan kemasukan kuman ke
dalam hidung.
Periksa muncung penitis untuk
memastikan tidak ada retak atau pecah - Ini untuk memastikan isi kandungan ubat tidak
tercemar ataupun rosak.
Penitis mestilah bersih. Elakkan
penitis daripada tersentuh hidung ataupun benda lain - Untuk memastikan ubat tidak
dikotori ataupun dimasukki kuman.
Periksa keadaan hidung samada terdapat
hingus ataupun bendalir yang tidak diingini. - Sekiranya ada, bersihkan hidung dengan
menggunakan kain ataupun tisu yang bersih. Ini adalah supaya hingus atau bendalir tidak
menghalang kemasukan ubat kedalam hidung.
Dongakkan kepala ke belakang sehingga
berasa selesa - Ini ialah untuk menyediakan satu ruang laluan untuk ubat sampai ke tempat
yang sakit.
Bernafas melalui mulut - Ini adalah
untuk mengelakkan ubat yang telah disedut masuk ke dalam saluran pernafasan dan juga
paru-paru.
Titiskan ubat ke dalam hidung mengikut
jumlah titisan yang telah ditentukan oleh doktor anda. (lihat rajah 3 dan 4)
Kekalkan hidung dalam keadaan dongak
untuk beberapa minit untuk membenarkan penyebaran yang sempurna.
Masukkan terus penitis ke dalam botol
ubat secepat mungkin.Pastikan botol sentiasa bersih dan ditutup dengan kemas apabila tidak
menggunakan lagi.
Adalah dinasihatkan agar tidak
berkongsi ubat titis hidung dengan orang lain

Rajah 3 & 4
Penyimpanan:
Simpan dalam bekas yang telah
disediakan dan tutup dengan kemas dan jauhkan daripada terkena panas.
Setiap botol ubat yang telah dibuka
boleh digunakan untuk satu tempoh masa yang tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
mintalah nasihat daripada ahli farmasi
Simpan ubat ditempat yang tidak boleh
dicapai oleh kanak-kanak.
Simpan ubat pada suhu bilik dan ikut
arahan pada label botol.
Kalau anda terlupa mengambil
ubat:
Ambil secepat mungkin apabila teringat
kecuali jika ia sudah menghampiri masa untuk mengambil dos seterusnya.
Kalau sudah menghampiri dos seterusnya,
abaikan dos yang tertinggal dan kembali kepada dos biasa.
Jangan menggandakan dos pada masa yang
sama.
Kesan sampingan:
Kekeringan
Kegatalan pada hidung dan tekak (mukosa
hidung)
Rasa dan bau yang tidak sedap.
#Sekiranya anda mengalami sebarang kesan
sampingan yang tidak disangkakan, segeralah berjumpa dengan doktor ataupun ahli farmasi.
UBAT TITIS TELINGA
Pendahuluan
Telinga berperanan bukan sahaja untuk deria pendengaran tetapi juga untuk mengekalkan
kesimbangan. Ia mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian luar dan tengah untuk mengumpul dan
membawa gelombang bunyi dan juga bahagian dalam yang bertindak sebagai penerima bunyian.
Biasanya, kebersihan telinga akan mempengaruhi tahap pendengaran. Apabila tahi telinga
atau bahan lain terkumpul dalam bahagian saluran telinga, ini akan mengganggu pembawaan
gelombang dan penerimaan bunyi. Jadi, untuk megekalkan fungsi telinga kita, kita harus
menjaga kebersihan telinga. Sekiranya telinga mendapat jangkitan kita harus menggunakan
ubat titis telinga dengan dos yang betul dan menggunakan teknik yang sesuai.
Langkah-langkah penggunaan dan rasional.
Baca arahan pada label dengan betul - Ini untuk memastikan ubat akan digunakan dengan
betul.
Basuh tangan dengan air dan sabun
sebelum dan selepas menggunakan ubat - Membasuh tangan boleh mengelakkan kemasukan kuman
ke dalam telinga.
Pastikan tiada sebarang cecair/nanah
yang terkumpul dalam telinga. Jika ada, bersihkan telinga dengan tisu yang bersih.
Goncang botol ubat telinga jika perlu.
Buka penutup ubat dengan baik supaya ia
tidak menyentuh dengan benda lain atau tangan anda.
Baring dan mengiring kesebelah kepala
anda (telinga yang ingin dirawat ke atas) dan luruskan cuping telinga dengan menarik
aurikel ke bawah dan kebelakang (untuk kanak-kanak) dan keatas dan keluar (dewasa).
Pegang penitis sekurang-kurangnya 1 - 2
cm di atas cuping telinga dan titiskan ubat seperti diarahkan (sila lihat gambarajah 5) -
Ini adalah untuk mengelakkan penitis tersentuh dengan telinga untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan kuman pada penitis.
Biarkan telinga senget untuk beberapa
minit - Ini untuk memastikan ubat disebar dengan baik.
Selepas menggunakan ubat penitis jangan
kesat atau lap penitis.
 
Gambarajah 5
Penyimpanan:
Simpan dalam bekas yang tertutup pada
suhu bilik dan dijauhi dari cahaya secara langsung.
Untuk sediaan tertentu, simpan dalam
peti ais.
Simpan semua ubat jauh dari
kanak-kanak.
Setiap botol yang telah dibuka boleh
digunakan untuk jangkamasa yang tertentu sahaja. Dapatkan maklumat lanjut dari ahli
farmasi.
Kalau anda terlupa mengambil
ubat;
Ambil secepat mungkin apabila teringat
Kalau telah menghampiri untuk dos
seterusnya, abaikan dos yang tertinggal.
Jangan sesekali menggandakan dos.
Langkah berjaga-jaga;
Bertanyalah dengan doktor atau ahli
farmasi sebelum anda mengambil ubat lain termasuk ubat tanpa preskripsi atau produk herba.
Kalau anda hamil atau menyusukan anak,
beritahu doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Pastikan doktor tahu jikalau anda
mempunyai sejarah masalah telinga.
Jika simptom atau tanda penyakit masih
berlarutan, beritahu doktor semula.
Kesan-kesan sampingan;
Hubungi doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai kesan sampingan seperti berikut;
Ruam kulit
Kemerahan
Bengkak
Gatal
Bunyi berdengung pada telinga
|