Syarat Khas Lesen 'A' untuk jualan borong bermula 2006:


Bahagian ini mendapati penyalahgunaan ubat-ubat berikut adalah serius.

  1. Bahan-bahan Psikotropik (Buprenorphine, Midazolam, Zolpidem, Zopiclone)
  2. Persediaan-persediaan tablet atau kapsul yang mengandungi dextromethorphan, ephedrine dan pseudoephedrine
  3. Ubat batuk yang mengandungi pholcodine.

Terdapat beberapa kejadian di mana bahan-bahan psikotropik, ubat-ubat yang mengandungi dextromethorphan dan pholcodine telah dipesongkan kepada penagih dadah. Turut dikesan ubat-ubat yang mengandungi ephedrine dan pseudoephedrine dipesongkan kepada pasaran haram.

Sehubungan ini, Bahagian ini akan menghadkan supaya penjualan borong ubat-ubat di benarkan kepada pengimport, pengilang dan pemborong yang dilantik sahaja supaya pemonitoran penjualan ke atas Farmasi dan klinik lebih berkesan untuk menghalang pemesongan ubat-ubat ini.

[ Muat Turun Senarai Ubat-Ubat ]