Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
  1. SPUB IALAH
  2. SPUB BERTUJUAN
  3. SKOP
  4. JANJI KAMI
  5. MAKLUMAT LANJUT

SPUB IALAH:

Sistem pembekalan ubat untuk kes-kes yang dirujuk oleh Jabatan Farmasi, dimana pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan dari hospital/klinik Kesihatan/institusi KKM pilihan pesakit.


[ Kembali Ke Atas ]

SPUB BERTUJUAN:

  • Memudahkan pesakit mendapat bekalan ubat dari mana-mana hospital/Klinik Kesihatan/institusi KKM pilihannya.

  • Meningkatkan pematuhan pengambilan uat oleh pesakit.

  • Menyeragamkan sistem pendispensan ubat di farmasi-farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


[ Kembali Ke Atas ]

SKOP

Prosedur ini diguna pakai bagi semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang dari hospital/Klinik Kesihatan/institusi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Preskripsi Jangka Panjang

Preskripsi untuk seseorang pesakit yang menerima rawatan melebihi satu bulan.

Apa yang perlu anda lakukan

  • Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi.

  • Dapatkan bekalan ubat dari farmasi di hospital/institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang sama di mana anda berjumpa doktor.

  • Maklumkan kepada petugas farmasi dimana anda ingin mendapatkan bekalan berikutnya.

  • Pastikan preskripsi anda telah dicop “SPUB” sebelum meninggalkan kaunter. Farmasi.

Pastikan

  • Tarikh temujanji.

  • Bawa preskripsi asal yang bercop “SPUB”

  • Pergi ke hospital/Klinik Kesihatan/Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipilih.


[ Kembali Ke Atas ]

JANJI KAMI

Bekalan ubat anda akan diberikan mengikut tarikh* yang dinyatakan dalam preskripsi.

* tertakluk kepada syarat bekalan pertama telah diambil dari hospital/klinik Kesihatan/institusi asal.


[ Kembali Ke Atas ]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi/Pembantu Farmasi di hospital/klinik Kesihatan yang berdekatan.


[ Kembali Ke Atas ]