|
Piagam Pelanggan
- Kewajipan Bahagian Perkhidmatan Farmasi
A. Am
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan,
maklumat dan nasihat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang
rasa, hormat, jujur dan amanah.
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional.
B. Pelesenan
Setiap permohonan yang lengkap akan diproses mengikut jangkamasa berikut;
- Lesen borong/dadah berbahaya akan diproses dalam tempoh 4 minggu
dari tarikh permohonan diterima.
- Pembaharuan lesen borong/mengilang dadah berbahaya:
- Permohonan pembaharuan lesen borong/mengilang dadah berbahaya
yang diterima sebelum/pada 1 November akan diisu sebelum 31
Disember.
- Permohonan pembaharuan lesen borong/mengilang dadah berbahaya
yang diterima selepas 1 November akan diproses dalam tempoh
12 minggu.
- Kebenaran untuk mengimport/mengeksport:
- Permohonan kebenaran import/eksport Dadah Berbahaya dan psikotropik
akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima.
- Permohonan import/beta agonist dan sodium saccharin akan
diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima.
- Permohonan import/eksport prekursor dan bahan kimia terkawal
akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan
yang lengkap diterima.
- Permohonan import/eksport Acetic Anhydride/Acetyl Bromide/Acetyl
Chloride akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh
permohonan diterima.
- Permohonan bagi Pengeluaran Maklumbalas
Pre-Export Notification (PEN) akan diproses dalam masa 7 hari
bekerja.
- Permohonan kebenaran import keluaran tidak berdaftar
akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima
- Permohonan Pendaftaran Ahli Farmasi/Pertubuhan Perbadanan akan
diproses dalam tempoh 3 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Sijil Pengekalan Amalan Tahunan Ahli Farmasi/Pertubuhan Perbadanan:
- Pengeluaran Sijil Tahunan Ahli Farmasi dibuat dalam tempoh
3 minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
- Pengeluaran
Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan dibuat dalam tempoh 3 minggu
dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
- Sijil kelulusan/keputusan Lembaga Iklan Ubat:
- Permohonan yang diterima melalui prosedur bukan ‘fast
track’ diproses dalam masa 2 minggu selepas tarikh mesyuarat
yang dijadualkan.
- Permohonan yang diterima melalui prosedur ‘fast
track’ diproses dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
- Penguatkuasaan
- Setiap aduan yang berkaitan akan diambil tindakan sewajarnya.
- Bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam perkara
yang berkaitan
- Kewajipan Pelanggan
Untuk membolehkan piagam ini dilaksanakan dengan berkesan, pelanggan
adalah diwajibkan untuk mematuhi semua perundangan/peraturan yang ditetapkan.
|
|