| Tarikh |
Polisi & Keputusan
LIU |
| LIU
12/2007 |
Penggunaan selebriti dalam iklan
LIU tidak membenarkan penggunaan selebriti di dalam iklan. Selebriti termasuk:
Selebriti tempatan/antarabangsa
Atlet tempatan/antarabangsa
Pesakit yang menerima rawatan
Model terkenal tempatan/antarabangsa
Profesional (Pengamal perubatan, Pengamal pergigian, Ahli Farmasi) |
|
| LIU
7/2007 |
Iklan
Perkhidmatan (Aesthetic Medicine)
Pemohon dikehendaki memberi senarai nama pengamal
perubatan berserta dengan sijil-sijil kelayakan dan
latihan di dalam bidang aesthetic yang berkaitan.
|
|
| LIU
5/2007 |
(A)
Tumpuan Jualan-Kotak Gergasi
Iklan kotak gergasi dikecualikan dari memohon kelulusan
LIU dengan syarat:
- Replika kotak gergasi (bukan saiz tetapi isi kandungan dan
bentuk) mesti sama dengan kotak bungkusan asal yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
- Kotak gergasi hanya dibenarkan digantung/diletak di
premis farmasi sahaja.
(B) Iklan Laman
Web oleh Hospital
Hospital dibenarkan membuat
iklan laman web dengan memuatkan maklumat berikut:
- Nama penuh pengamal perubatan berdaftar
- Kelayakan pengamal perubatan
berdaftar
- Gambar pengamal perubatan berdaftar
- Alamat bertugas
pengamal perubatan berdaftar (seperti di dalam APC)
- Kurikulum
vitae doktor pakar (dengan syarat pakar tersebut sudah
berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan. Sesalinan sijil
atau surat pendaftaran mesti dikemukakan semasa membuat
permohonan iklan)
- Demonstrasi video prosedur surgikal
(tidak dibenarkan mempamerkan wajah dan identiti pesakit)
- Senarai
servis dan harga yang ditawarkan (hanya servis yang standard
dan diiktiraf sahaja dibenarkan)
- Isi kandungan iklan
mesti mendapat kelulusan dari LIU
|
|
| LIU
1/2007 |
Tuntutan produk suplemen kesihatan
- Produk suplemen kesihatan yang mengandungi ekstrak protin marin dibenarkan membuat tuntutan mengikut indikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sahaja.
Nota: Dengan polisi ini maka polisi LIU 12/2004 adalah terbatal. |
|
| LIU
11/2006
|
LIU dalam
mesyuaratnya pada 24 November 2006 memutuskan:
i. Iklan produk oleh farmasi komuniti
- Farmasi komuniti kini dibenarkan membuat iklan produk.
Permohonan perlu dibuat oleh pemegang pendaftaran produk.
Iklan mesti mendapat kelulusan LIU.
ii. Iklan produk yang menawarkan hadiah percuma
-
Iklan produk dengan hadiah percuma kini dibenarkan. Hadiah
tidak boleh berupa produk yang sedang diiklankan, produk
farmaseutikal atau tradisional. Contoh hadiah percuma yang
dibenarkan seperti pen, cawan, kalkulator dan lain-lain. |
|
| LIU
7/2006
|
| 1. |
Iklan
perkhidmatan perubatan/kesihatan di majalah
LIU bersetuju membenarkan iklan perkhidmatan perubatan/kesihatan
di dalam majalah berbentuk perubatan dan kesihatan sahaja.
Pemohon dimestikan menyatakan nama majalah tersebut di
dalam borang permohonan. Isi kandunagn iklan perlu mendapat
kelulusan LIU |
| 2. |
Iklan pada
barang kegunaan harian seperti topi, cawan, t-shirt,
alat tulis, kalkulator dikecualikan dari kelulusan LIU.
Maklumat yang dibenarkan hanyalah jenama produk, logo
dan nama syarikat sahaja. |
| 2. |
Pindaan
iklan
i. Permohonan ke atas iklan yang telah diluluskan hendaklah
dibuat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh ia diluluskan.
Selepas tempoh 2 bulan pemohonan hendaklah membuat permohonan
baru.
ii. Permohonan pindaan dibenarkan untuk pertukaran nama
dan alamat syarikat, nombor telefon, e-mail dan logo syarikat
sahaja.
iii. Permohonan pindaan dibenarkan sekali sahaja.
iv. Semua pindaan perlu mendapat kelulusan LIU. |
|
| LIU
6/2006
|
| 1. |
Iklan
perkhidmatan dalam majalah keluaran bank dan kerjasama
dengan syarikat kad kredit
Iklan sedemikian dibenarkan untuk hospital swasta sahaja
dan perlu mendapatkan kelulusan LIU. |
| 2. |
Iklan
perkhidmatan yang dimuatkan dengan diskaun/ tawaran/
kupon percuma
Iklan perkhidmatan tidak dibenarkan dimuatkan dengan elemen- elemen diskaun/tawaran/kupon
percuma |
|
| LIU
6/2005
|
Iklan
Perkhidmatan Perubatan
- Berikutan dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh YBMK pada 28 Jun 2005, dalam
mesyuarat LIU kali ke 6 pada 30 Jun 2005 telah membuat keputusan yang berkuatkuasa
serta merta iaitu semua hospital dan klinik swasta boleh mengiklan perkhidmatan
yang ditawarkan di media cetak seperti akhbar dan majalah
-
Sebelum ini, hospital dan klinik dibenarkan mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan
di media-media seperti risalah, yellow pages serta internet dan pengiklanannya
di suratkhabar adalah terhad
- Walaubagaimanapun semua pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan dengan mengemukakan
permohonan kepada LIU sebelum disiarkan |
| LIU
9/2004
|
Iklan
berbentuk product attachment
- Format iklan sepert tag botol, pelekat dan pembungkus yang diletakkan bersama
produk adalah tidak tertakluk kepada kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
- Format sebegini adalah lebih kepada peraturan pelabelan oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. |
| LIU
7/2004
|
Permohonan
iklan perkhidmatan dari luar negara
Berdasarkan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, permohonan untuk iklan perkhidmatan
perlu mengemukakan Sijil Amalan Perubatan (APC) yang diisu oleh Majlis Perubatan
Malaysia. Oleh itu, permohonan iklan perkhidmatan dari luar negara tidak boleh
diterima dan tidak boleh disiarkan di dalam penerbitan Malaysia buat masa ini |
| LIU
4/2004
|
| 1. |
Permohonan
iklan perkhidmatan oleh klinik pakar
Semua permohonan iklan perkhidmatan dari klinik-klinik
pakar perlu mengemukakan dokumen yang mengesahkan status
PAKAR seperti:
a. Sijil post-graduate seperti MRCP atau yang serupa
b. Sijil post-graduate khusus dalam bidang kepakaran
c. Pengesahan dari persatuan |
| 2. |
Logo HALAL
Bagi iklan produk yang ingin memaparkan logo HALAL perlu
mengemukakan salinan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM |
|
| LIU
3/2004
|
| 1. |
Iklan
perkhidmatan selain daripada hospital, klinik, makmal
perubatan dan makmal radiologi swasta
Iklan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat-pusat
seperti pusat fisioterapi, pusat pemulihan dadah dan sebagainya
tidak dibenarkan secara terus kepada pengguna |
| 2. |
Pengiklanan
untuk media papan tanda/billboard
Maklumat dan jumlah perkataan yang digunakan haruslah
ringkas |
| 3. |
Maklumat
kesihatan am
Iklan sesuatu produk farmaseutikal yang dikaitkan dengan maklumat kesihatan
secara am adalah tidak sesuai untuk semua media melainkan risalah |
|
| LIU
1/2004
|
| 1. |
Iklan
radio berbentuk talk show
- Hanya skrip yang lengkap sahaja akan diproses, di mana
tidak dibenarkan menambah atau meminda skrip setelah diluluskan
oleh Lembaga Iklan Ubat.
- Tidak dibenarkan memuatkan segmen dari pemanggil.
- Tempoh sah kelulusan 6 bulan sahaja |
| 2. |
Iklan
peraduan dimana hadiah yang ditawarkan merupakan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh hospital, klinik, makmal radiologi
atau makmal perubatan swasta
Sebarang pengiklanan peraduan dimana salah satu hadiahnya
merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital, klinik,
makmal radiologi atau makmal perubatan swasta, contohnya
pemeriksaan kesihatan oleh hospital XYZ adalah tidak dibenarkan
sekiranya nama hospital terbabit disiarkan dalam akhbar
berkenaan |
| 3. |
Iklan
perkhidmatan selain dari hospital, klinik, makmal radiologi
dan makmal perubatan swasta
Undang-undang tidak membenarkan pengiklan yang menawarkan
perkhidmatan perubatan/kesihatan selain dari hospital,
klinik, makmal radiologi dan makmal perubatan swasta. Walaubagaimanapun,
pusat- pusat yang menawarkan perkhidmatan alternatif ini
boleh menaja program yang berbentuk pendidikan dan bermaklumat.
Di akhir program itu, mereka dibenarkan untuk memasukkan
penyataan "Rancangan ini ditaja oleh..." Mereka
tidak dibenarkan menyatakan alamat dan nombor telefon mereka. |
|
| Tahun
2003 |
-
Pengiklanan berbentuk promosi hanya dibenarkan untuk produk
yang dikelaskan sebagai external personal care
product.
- Pengiklanan bercorak maklumat kesihatan atau
untuk tujuan pendidikan boleh disiarkan bersama-sama nama atau logo syrikat tetapi
tidak boleh mengaitkan dengan nama dagangan sesuatu produk.
- LIU tidak membenarkan sebarang pengiklanan produk atau perkhidmatan
mengenai rawatan keguguran rambut, menggalakkan
pertumbuhan rambut dan sebagainya. Walaubagaimanapun untuk rawatan yang
menggunakan teknik mekanikal seperti penambahan/penanaman rambut
dibenarkan |